Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.
“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.
Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno.
Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diterajui seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diterajui seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
Abdul Kadir sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu.
17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya.[sumber]
*Cuak aku..dah tua2 baru dapat hidayah nak keluar dari umno.. bagus la.. dari tak dapat hidayah lansung..kih kih kih
btul ke ni? or propaganda
BalasPadamsebenarnya dlm bab2 parti atau politik tak berani nak komen apa..kalau diluar bolehlah..
BalasPadamhehe...
BalasPadamthumbs up :)
Alhamdulillah, akhirnya dia dapat hidayah. hehehe.
BalasPadamhaha.. tarik perhatian je ni..
BalasPadam