ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 17 Mac 2012

Bukan gambar tetapi lukisan

Imej seperti gambar fotografi ini sebenarnya lukisan hitam putih hasil lakaran seorang artis hyper­realist di Glasgow, Scotland.Paul Cadden, 47, mampu melukis semula imej realistik mengagumkan hanya menggunakan sebatang pensel.
Cadden berjaya menghasilkan kedut-kedutan wajah seorang wanita, kepulan asap dari sebatang rokok serta titisan air seperti foto sebenar.
Lukisan yang dihasilkannya menggunakan teknik hyperrealism (luki­san menyerupai gambar sebenar beresolusi tinggi). 

“Saya memerlukan kira-kira tiga hingga enam minggu untuk menyiapkan lukisan itu dalam saiz A1 dan A0 serta ia dijual pada harga 5,000 pound (RM24,000),” menurutnya.

Cadden yang turut tersenarai sebagai Artis Tahun 2011 bagi lukisannya, ‘Painted context’, mendedahkan mula berjinak-jinak dengan lukisan sejak berumur enam tahun dan berazam menjadi seniman sepanjang hayat.[sumber]

*Cuak aku..memang sejibik..kih kih kih

6 Pengkritik Yang Cuak:

  1. gila ah imaginasi mamat nih..

    BalasPadam
  2. pergh.,smart la dia lukis.,pandai bt0l^^

    BalasPadam
  3. homaii...seriously aku ingatkan foto betul~ gilerr ahh dia nih

    BalasPadam
  4. perghhh...smart seh..ingatkan betul la tadi.

    BalasPadam
  5. Betul-betul macam gambar lah!

    BalasPadam
  6. ingatkan gambar hitam putih..rupanya lukisan betul...:D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...