Lelaki bukan saja berdepan masalah penurunan kekuatan mental apabila dikelilingi wanita, malah akan mengalami masalah itu walaupun cuma memikirkan mengenai mereka, menurut satu kajian baru.
“Dengan kehadiran wanita, lelaki kadang-kadang tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Mereka tidak dapat berfikir lurus apabila dikelilingi wanita,” lapor akhbar New York Daily News.
Namun perkara itu tidak berlaku kepada wanita, menurut kajian Universiti Radboud Nijmegen di Belanda, yang disiarkan dalam online November lalu.
Penyelidik membandingkan hasil kajian dengan adegan dalam novel Tolstoy, Anna Karenina, yang menonjolkan karektor lelaki, Levi, menjadi amat gemuruh ketika cuba memikirkan sesuatu untuk memberitahu seorang wanita, Kitty, yang tidak mengenali rakan yang berjalan melepasi kolam tempat mereka berdiri. Ia juga berlaku dalam kehidupan sebenar.
“Keadaan itu adalah biasa jika wanita berkenaan menarik dan lelaki cuba menarik perhatiannya,” menurut penulis kajian.
Penyelidik menggunakan penuntut universiti sebagai peserta uji kaji. Dalam satu kajian, penuntut diminta melengkapkan tugas membaca gerak bibir yang menghendaki mereka menyebut perkataan dengan kuat di depan kamera web.
Mereka diberitahu seseorang akan melihat rakaman dan cuba membaca gerak bibir. Peserta lelaki yang diberikan wanita memerhatikan mereka melakukan perkara itu memberikan persembahan terburuk dalam ujian kemampuan kognitif walaupun tidak melakukan secara berdepan dengan wanita. Sementara peserta wanita tidak menunjukkan perubahan.
Penyelidik mendapati hasil kajian mungkin berkaitan dengan tekanan evolusi yang membentuk lelaki menjadi lebih bersikap seksual di sebalik keadaan biasa, tetapi menegaskan kajian lanjut perlu dilakukan.[sumber]

*Cuak aku...tepuk dada tanya diri sendiri..kih kih kih
tp bla dpn mak ok je hehehe
BalasPadam