ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 14 Mac 2012

Bahaya minuman berkarbonat

Satu gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh meningkatkan risiko serangan jantung, menurut sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard. 

Kajian yang dilakukan ke atas lebih 40,000 lelaki menunjukkan, minuman yang penuh dengan kandungan gula itu meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 20 peratus, termasuk boleh menyebabkan kematian.

Ketua penyelidik Dr. Lawrence de Koning berkata, tubuh akan bertindak mengimbangi pengambilan gula berlebihan dengan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah daripadanya tidak baik untuk jantung.

Menurutnya, ujian dalam sampel darah menunjukkan mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi memiliki lemak dan protein yang tinggi dalam darah, yang dikaitkan dengan serangan jantung.

Keadaan ini menyebabkan paras kolestrol baik pula menjadi rendah.Kajian itu juga menunjukkan lebih banyak minuman manis yang diambil seseorang, termasuk jus buah-buahan diawet yang ditambah gula ketika dihasilkan, ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan faktor lain seperti amalan merokok, obesiti, pengambilan alkohol dan juga gaya hidup yang tidak aktif.

Pasukan penyelidik membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisis maklumat yang disediakan oleh responden melalui soal jawab khas setiap dua tahun, antara 1986 dan 2008.

Dr, de Koning bagaimanapun berkata, kajiannya tidak melibatkan pengambilan minuman diet berkarbonat."Air masak, kopi dan teh tanpa gula adalah pilihan terbaik selain susu rendah lemak. Namun, tidak pasti pula sama ada jus buah adalah pengganti terbaik kerana kami tidak melakukan ujian mengenainya," tambahnya.[sumber]

*Cuak aku..amalkan gaya hidup sihat...

9 Pengkritik Yang Cuak:

  1. air suam juga baik untuk kesihatan

    BalasPadam
  2. minuman cmni punca segala penyakit...

    BalasPadam
  3. sib baik aku tak amalkan minum benda nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  4. dh berjuta artikel, tapi manusia ni, tetap minum...tetap dijual...duit duit duit

    BalasPadam
  5. memg bahaya...kalu bleh jgn amalkn slalu./better minum air suam je..jmput dtg ke blog ..khikhihh

    BalasPadam
  6. minuman nie la yang paling sedap pun..
    penyakit pun paling sedap jugak la..
    hihi

    BalasPadam
  7. air suam.. adalah resepi kesihatan termurah dipasaran...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...