ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 3 Mac 2012

Lelaki tertinggi indonesia meninggal

Manusia tertinggi di Indonesia, Suparwono dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Tulang Bawang, wilayah Lampung.

Berita mengenai pemuda berusia 27 tahun itu, yang juga merupakan ikon Lampung, tersebar luas di dalam laman-laman sosial Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun, punca kematian lelaki yang mempunyai ketinggian 2.71 meter itu masih belum diketahui walaupun ada laporan yang mengatakan sakit perut sebagai punca.
 
Keluarga Suparwono juga masih belum mengesahkan perkara tersebut dan pihak media sukar mendapatkan maklumat ekoran rumah lelaki itu yang terletak di kawasan pendalaman dan keadaan jalan sangat teruk.[sumber]

*Cuak aku...dari apa yang aku baca dalam blog indonesia,.untuk jenazah  suparwono ni saiz kerandanya dilebihkan 1.5 meter,selain itu memerlukan 39.21meter kain kafan dan sekurang2nya 18 orang diperlukan untuk mengangkat jenazah beliau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...