Tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32.
Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.
Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik.
“Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.
Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.
Sementara itu, Ashraf yang merupakan seorang komposer ketika dihubungi turut mengakui perceraian mereka.[sumber]
*Cuak aku..jodoh tak panjang..nak wat macam mana..nampak bahagia dalam orang tak tau..kih kih kih
mudah ja kan dorang ni berceraii..aku heran betull..jadi trend bercerai skg nii..aku nak cari laki yang betul2 nak stia dgn aku..hikhik
BalasPadamhmmm kalo dah nama selebriti ni mesti x panjang jodoh mereka kan.. cuak gak kak..
BalasPadamAsam garam golongan artis.. kawin cerai..kawin cerai.. sian kat anak2
BalasPadamlaaa cerai jugak.....hmmmm celebriti...:(
BalasPadamlah cerai ke.. hmm.. ramai betul artis cerai2 nie. Kesian dekat anaknya nanti.
BalasPadamartis artis..msti popular pasni..hahaha..
BalasPadamtak ada jodoh nak buat camna...
BalasPadambetul.. jodoh tak panjang.. smua tu da tersurat.
BalasPadam