Kerana paras ‘jambu’, pelakon, Syed Ali, 26, sekali lagi dipalit kontroversi apabila terus dikaitkan sebagai lelaki mengamalkan hubungan sejenis atau gay hingga dikecam pihak tertentu dan mengaibkan dirinya.
Menurutnya, fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya sama sekali tidak logik sebaliknya dia masih waras untuk membezakan perkara baik atau buruk.
“Dakwaan kononnya saya menjalin hubungan dengan pelakon, Azam Pitt pun masih hangat diperkatakan sehingga saya terus dikecam sebagai gay,” katanya, semalam.
Pelakon drama Jiwa Kacau itu berkata, dakwaan terbaru dimaklumkan rakannya Ahad lalu mendakwa dia membawa ‘teman lelaki’ dan berpegangan tangan di lokasi penggambaran sebuah drama.
Pelakon drama Jiwa Kacau itu berkata, dakwaan terbaru dimaklumkan rakannya Ahad lalu mendakwa dia membawa ‘teman lelaki’ dan berpegangan tangan di lokasi penggambaran sebuah drama.
“Saya memang rapat dengan Azam Pitt mahupun pengurus saya dan ia bukan bermakna saya seorang gay. Saya melayan mereka seperti adik-beradik.
“Tuduhan dipaparkan laman blog itu tidak logik kerana takkanlah saya hendak berkelakuan sedemikian di tempat saya mencari rezeki,” katanya. [sumber]
*Cuak aku..kadang2 ada yang suka berpegangan tangan..tapi bukan gay..kih kih kih