ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 20 Mac 2012

'Gen tamak' punca gemuk

Sedar atau tidak, rahsia untuk bertubuh langsing dan mengelakkan masalah berat badan berlebihan mungkin ada dalam gen manusia.
 
Ini kerana satu kajian saintis mendapati terdapat 'gen tamak' atau dikenali sebagai Bdnf dalam tubuh manusia yang boleh menyebabkan masalah obesiti berlaku.

Ketua penyelidik Pusat Perubatan Universiti Georgetown di Amerika Syarikat, Dr. Baoki Xu berkata, mutasi yang berlaku pada gen itu boleh menyebabkan komunikasi antara otak dan badan terganggu.

Ia sekali gus membuatkan individu tidak henti makan walaupun perut sudah kenyang dan meningkatkan berat badan dengan cepat.

Gen Bndf mempunyai versi 'pendek' dan 'panjang' yang menghantar isyarat kimia kepada otak untuk memberitahu perut sudah kenyang.

"Dalam versi panjang, mesej itu boleh disampaikan dengan baik kepada otak manakala versi pendek pula, isyarat kekenyangan mungkin tidak sampai sepenuhnya ekoran masalah yang dihadapi gen Bdnf.

"Jika terdapat masalah pada gen itu, sel saraf tidak boleh berkomunikasi sesama sendiri dan isyarat insulin serta leptin tidak berkesan, menyebabkan selera makan tidak berubah," katanya.

Xu berkata, kajian itu masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada komunikasi gen itu dapat diubah suai bagi mengelakkan masalah obesiti.

Katanya, penggunaan ubat-ubatan mungkin boleh mempengaruhi aktiviti Bdnf dan pihaknya percaya masalah gen itu mungkin merupakan kunci penting untuk mengurangkan masalah selera makan yang tidak henti-henti.[sumber]

*Cuak aku..Jadi kawal gen tamak dalam diri anda..sihat sepanjang hayat..

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. sib baik dalam badab aku gen tamak xde..hehe..bak kata pepatah "orang tamak selalu dapat lebih"hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  2. tahu x pe.. penat jek nak diet , kalau dah ade gen tu , mmg gtu jek ler.. duyay..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...