ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 15 Mac 2012

Budak mati terkena bola ragbi

Seorang budak sekolah maut di padang permainan semalam, selepas dadanya terkena bola ragbi, lapor media tempatan.

Leonie Nice dikatakan cuba menangkap bola berkenaan yang dilontar rakannya ketika mereka mengikuti kelas pendidikan jasmani.

Bagaimanapun, akibat hentakan kuat bola itu di dadanya, Leonie, 12, rebah dan sukar bernafas.Pelajar dan guru di Sekolah Woodlands di Basildon, Essex, melihat bagaimana paramedik bertungkus-lumus menyelamatkan Leonie tetapi usaha itu gagal.

Kejadian itu berlaku dua minggu selepas seorang budak lelaki terbunuh akibat terkena bola kriket. Sumber berkata, semua pelajar dan kakitangan di sekolah itu sedih dengan kematian rakan mereka itu.

Kata sumber itu, tiada sesiapa yang mampu berkata-kata kerana mereka sangat terkejut dengan kejadian itu.“Satu-satunya bunyi yang kedengaran di padang permainan ketika waktu rehat tengah hari adalah tangisan kanak-kanak yang meratapi kehilangan rakan mereka,” katanya.[sumber]

*Cuak aku..guru pendidikan jasmani perlu peka dengan sukan yang sesuai  untuk kanak2..

8 Pengkritik Yang Cuak:

  1. lagi 5 tahun dorang announce bola pembunuh no 1 di dunia..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  2. memang kena hati2 ketika bermain di padang. Pernah terjadi di sekolah, 2 org pelajar yg sedang bermain bola keranjang berlanggar semasa kejar bola. Yg cemasnya salah seorg pakai cermin mata, kaca cermin mata termasuk mata!Cepat2 bawa ke hospital dgn ambulan. Nasib baik sekolah tletak dkt dgn hospital...

    BalasPadam
  3. eRMM..kita tak tau bila AJAL kita

    BalasPadam
  4. budak sekolah aku pun pernah mati sbb main ragbi, rangka paru2 dia patah sbb berlanggar kuat sangat

    BalasPadam
  5. eh x pernah suka sukan ragbi..ganas!

    BalasPadam
  6. menakutkan je..kalau ade orang main rugbi ni kene dok jauh jauh lah jawabnya..

    BalasPadam
  7. bola ragbi keras kot...tak dpt bayangkan kalau kena kat diri sendiri...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...