ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 22 April 2012

Pelajar Upsi maut terjun bangunan

Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.

"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.

"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.

Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.

"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.[sumber]

*Cuak aku..harap kes2 macam ni tak berulang lagi..perlu di kaunseling pelajar2 yang dikesan mengalami kemurungan..

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. adehhh...ni kes serius nih...tekanan hidup kot.

    BalasPadam
  2. senang menyelesaikan masalah...lompat bangunan...hemmm

    BalasPadam
  3. masyaallah adik junior ku..sampi macam ni sekali kau bertindak dik..

    BalasPadam
  4. uishhh... tak igt tuhan ke aduhhhhh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...