ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 6 April 2012

Cermin mata pintar Google

Google meneroka pasaran baru bidang teknologi apabila memperkenalkan cermin mata jenis gogal yang membolehkan seseorang melihat e-mel, melakukan carian atau mencari arah jalan menggunakan peralatan itu.
 
Cermin mata yang didedahkan melalui laman web Google Plus, Project Glass itu, menggunakan kawalan suara dan menawarkan penunjuk arah melalui sistem penentu kedudukan global (GPS).

Ia merupakan produk yang dihasilkan oleh makmal Google, Google X dan syarikat enjin carian itu kini mencari idea untuk menambah baik cermin mata tersebut.

Demonstrasi cara menggunakan cermin mata itu di laman web tersebut menunjukkan penggunaan Google Maps di mana ia memberi arah jalan ke sesuatu tempat dari lokasi anda berada.

Dalam demonstrasi tersebut, cermin mata itu menggunakan kawalan suara untuk melihat senarai kenalan, menghantar emel dan melakukan carian.

Cermin mata itu menggunakan sistem operasi Android selain mikrofon dan pelbagai peralatan lain yang digunakan pada telefon bimbit menggunakan sistem operasi sama.Demonstrasi itu turut menunjukkan emel dan maklumat lain di skrin cermin mata berkenaan.[sumber]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...