Kumpulan wanita berjubah yang aktif mencuri susu di pasar raya di beberapa lokasi seluruh negara muncul di bandar ini dengan taktik lebih agresif sebelum dicekup polis selepas perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Dalam kejadian di sebuah pasar raya di Jalan Kaki Bukit, di sini, Khamis lalu, lima wanita terbabit dikesan mencuri puluhan susu tepung berjenama yang bernilai kira-kira RM10,000 dengan cara menyorokkan barangan itu di celah kangkang mereka.
Melalui rakaman CCTV, mereka yang bertudung labuh, berbaju kurung dan berjubah dilihat keluar masuk premis pasar raya itu sebanyak empat kali dan dengan selamba menyorokkan tin serta kotak susu yang dicuri di dalam pakaian masing-masing.
Pihak pengurusan pasar raya yang menyedari perbuatan itu selepas melihat rakaman CCTV terus membuat laporan polis.
Pihak pengurusan pasar raya yang menyedari perbuatan itu selepas melihat rakaman CCTV terus membuat laporan polis.
Siasatan polis kemudian mendapati lima wanita terbabit turut dibantu enam lelaki dan polis menahan enam daripada mereka termasuk dua wanita di Klang, Selangor dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.[sumber]
*Cuak aku..mungkin geng dalam video ni punya keja..dah rembat kat kedah pegi kat perlis pulak..menjatuhkan imej orang yang pakai jubah je..
buruk perangai
BalasPadamnie group yang sama curi baju kat Al-Ikhsan tu ker??hehehe
BalasPadamRegards,
-Strider-
Salam.
BalasPadamGila cekang camni,hahaha. Adoi la, tgk pompuan yg kai baju krg itam tu tgh sorok2 tin susu tu, ase mcm, takkan la diorg tak terpikir tmpt camtu ado cctv deh? dekat kot rakaman ni dgn tmpt diorg berdiri.
hmm betul ke ni??
BalasPadamTak menghairankan suatu hari nanti wanita yang berjubah tak dibenarkan masuk supermarket atau pasaraya.
BalasPadamserabai nt minum susu kangkang wekkk
BalasPadamMACAM2 TAKTIK ORG SEKARANG
BalasPadamhuhu.. mang menjatuhkan imej muslimah yg berjubah..
BalasPadampakai baju kurung tutup aurat rupanya jahat..alahai mencemarkan..
BalasPadammgkin diorang ni hnya memakai jubah ketika nk mencuri je...senang nk cover barang2 curi tu...yg dpt buruk nama org yg benar2 ikhlas memakai jubah...
BalasPadamcuri satu hal.. nanti org pandang serong kt muslimah bjubah satu hal...
BalasPadamTaktik ini memang sengaja digunakan untuk merosakkan imej muslimah. Kerana itu mrk mencuri ditempat2 yg mempunyai cctv supaya menjadi cemuhan masyarakat.
BalasPadam