ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 22 April 2012

Kaca mata untuk ‘menipu’ otak

Bagi mereka yang selalu mengalami masalah untuk mengehadkan kuantiti pengambilan makanan, ciptaan alat ini sememangnya dapat membantu mereka.

Pereka di Universiti Tokyo telah mencipta prototaip dua kaca mata untuk ‘menipu’ otak bahawa mereka sedang mengambil makanan dalam kuantiti besar sehingga 50 peratus daripada saiz asal.

Fungsi kedua-dua alat ini adalah untuk mengurangkan selera makan dengan cara menipu minda sedar mereka.

Salah satu kaca mata itu, MetaCookies+ turut dilengkapi alat untuk mengesan bau makanan yang mereka ingin makan walaupun sebenarnya ia hanyalah khayalan.

Kaca mata kanta biru tersebut berfungsi untuk menjadikan makanan nampak tidak menyelerakan.

Menurut Syarikat Yumetai, hasil kajian sains mendapati warna biru dapat menenangkan pusat selera di otak manusia.[sumber]

*Cuak aku..sapa2 yang nak diet boleh la cuba..kalau tak jalan jugak salahkan minda sendiri..kih kih kih

3 Pengkritik Yang Cuak:

  1. macam2lah mereka cipta..Arul bila lagi..ciptalah sesuatu yg meletop haaa

    BalasPadam
  2. Ish, tak payahlah buat mcm ni kot..nak tipu otak?? agak pelik jugak ni..nak try guna lu lah br tau mcm mn kesannya huhu !

    BalasPadam
  3. haha...benda mcm ni pun ada dicipta ke..ish3..hee~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...