ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 29 April 2012

Span pencuci berbentuk rambut afro

Sebuah syarikat tempatan yang menjual span pencuci pinggan berbentuk rambut afro dikritik kerana dianggap bersikap perkauman, selepas produk itu menyerupai penyanyi lagenda kulit hitam, Diana Ross yang terkenal dengan gaya rambut sama.
 
Barangan tersebut, yang kini berada di pasaran di seluruh United Kingdom (UK) mengingatkan kembali kepada watak kartun golliwogs dan rancangan Black and White Minstrels yang pernah mencetuskan kontroversi perkauman.

Setiausaha Agung Fahaman Menentang Fahaman Fasis Bersatu, Weymen Bennet berkata, tindakan itu memaparkan stereotaip perkauman yang wujud di London sebelum ini.

"Apa yang akan dilakukan selepas ini, adakah berus tandas seperti itu juga akan dikeluarkan?
"Walaupun sekadar jenaka, ia tidak sesuai dengan abad ke 21. Malah, ia mengukuhkan lagi persepsi negatif," katanya.

Bennet berkata, pemimpin Britain mengambil masa 40 tahun untuk mengikis imej perkauman negatif dan adalah sesuatu yang memalukan sekiranya ia kembali lagi.

Beliau yang memperjuangkan antifasis selama 30 tahun memberi amaran, keadaan itu seolah-olah memberi peluang kepada syarikat-syarikat untuk mengeluarkan produk bersifat perkauman dan ia bukan sesuatu yang mahu dilihat oleh masyarakat.

"Kami telah bekerja keras untuk memastikan ia tidak berlaku dan ia bukan sesuatu yang positif yang patut berlaku pada abad ini ,'' ujarnya.[sumber]

*Cuak aku..

2 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Alamak ..ini pun jadi isu ker..tapi kiut ler berus tu..hehehhe
    Support me by daily vote me for blogger of the year

    BalasPadam
  2. wahhh span cuci pinggan pon ade bentuk cam tu ek..chumel lak hihihi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...