Tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil
yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya
untuk menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila 53 daripada mereka
mati ditembak di dua lokasi berasingan di Lahad Datu dan Semporna sejak 1
Mac lalu.
Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh
pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran
kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang.
Malah tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang
daripada pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di
sini, dan amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang.
Menurut sumber, pengganas terbabit menganggap pemakaian tangkal itu dapat melindungi mereka daripada ditembusi peluru tetapi tetap kecundang ditembak pasukan keselamatan dalam pertempuran.
Menurut sumber, pengganas terbabit menganggap pemakaian tangkal itu dapat melindungi mereka daripada ditembusi peluru tetapi tetap kecundang ditembak pasukan keselamatan dalam pertempuran.