“Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat
atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu
adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish menerusi filem
terbaru, Mencari Cinta.
Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah
ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan
masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora.
Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil
kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem
terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada
di pawagam pada 25 April 2013.
“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rusdi, 43, berkata, penggambaran filem genre romantik arahan Shirin
Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi
melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal
daripada keluarga di bandar.[metro]