Hari ini menjadi detik paling indah dalam pernikahan Irma Hasmie dan
Redza Syah Azmeer apabila pelakon itu selamat melahirkan seorang anak
lelaki. Bayi seberat 3.93 kilogram itu dilahirkan tepat pukul 8.51 pagi ini di sebuah hospital swasta di sini.
Suami Irma, Redza Syah menulis dalam laman sosial Twitter mengenai
kelahiran anak sulung mereka itu, selain memaklumkan keadaan isterinya
yang berada dalam keadaan stabil selepas melahirkan.
Alhamdulillah...kurnia Allah, sudah selamat lahir 8.51 am, berat
3.93 kg. Sayu rasa hati nampak anak keluar dari perut
ibu....Subhanallah!"
Selain itu Pelakon jelita, Ayu Raudhah, 28, juga telah selamat melahirkan anak
sulung lelaki seberat 2.79 kilogram pada pukul 2.17 petang tadi di
Hospital Columbia, Johor Bahru.
Suami kepada pelakon itu, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak, 26, yang
juga pemain bola sepak untuk pasukan Johor Darul Takzim memberitahu,
isterinya melahirkan anak secara normal.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tiada apa yang saya
harapkan selain kedua-dua isteri dan anak saya sihat,” kata Zaquan
ketika dihubungi. [kosmo]