ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 25 Mac 2013

Video Hamilton tersilap masuk pit McLaren

Perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia 2013 dihiasi dengan insiden melucukan apabila pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton tersilap memasuki pit bekas pasukan lamanya, McLaren ketika perlumbaan memasuki pusingan ketujuh di Litar Antarabangsa Sepang, di sini, semalam.

Insiden tersebut adalah kali pertama berlaku terhadap pelumba Britain itu sejak berhijrah ke pasukan barunya musim ini.

Mujur Hamilton menyedari kesilapannya itu apabila melihat krew pit pasukan McLaren memberi isyarat supaya beredar ke pit Mercedes.

Kata Hamilton, kejadian tersebut berlaku kerana dia masih dibayangi dengan bekas pasukannya itu.Saya dan McLaren telah bekerja dalam tempoh yang agak lama, kerana itu saya tersilap memasuki pit mereka.

“Saya minta maaf kepada pasukan saya kerana melakukan perkara yang memalukan," kata Hamilton.Malah insiden lucu itu turut mencuit hati teman wanitanya yang juga penyanyi terkenal Hollywood daripada kumpulan Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger, yang sempat merakamkan kejadian tersebut.[kosmo]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...