Nampaknya Umno tetap tidak berputus asa untuk menjatuhkan maruah
Datuk Seri Anwar Ibrahim walau dengan apa cara biarpun melalui fitnah
demi fitnah.
Agen fitnah Umno begitu bersungguh tengah malam tadi mempromosikan
beberapa laman web blog yang memaparkan seorang tokoh yang kononnya
Anwar Ibrahim sedang bercumbu dengan seorang lelaki.
Beberapa blogger telah mengulas mengenai perkara itu sejak malam tadi.
Bagi mereka, fitnah terbaru daripada penyokong Umno adalah fitnah
liwat 3 menjelang PRU13 yang mana BN bakal tumbang, beberapa keping
gambar yang disyaki adalah sedutan dari video telah dilakonkan oleh
penyokong BN kini tersebar di sebuah blog yang baru ditubuhkan dan hanya
mempunyai post ini saja.
Berdasarkan kajian kami, gambar-gambar yang kami percaya adalah
sedutan dari video, adalah rakaman oleh pelakon-pelakon upahan Umno
kerana mereka tahu bahawa BN bakal menjadi pembangkang.
Dari pengamatan kami, badan lelaki dalam gambar itu adalah terlalu
tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu dibandingkan lelaki
berusia 65 tahun.
“Umno begitu hebat dalam melakonkan watak orang orang yang menjadi
musuh kepada kuasa mereka dan begitu terdesak mematikan watak penting
dalam merakyatkan ekonomi rakyat,” tulis blogger Erapasca.[harakah]
*Lain isu tak de ke macai umngok?..balik2 ni..balik2 ni..
*Lain isu tak de ke macai umngok?..balik2 ni..balik2 ni..