Seorang wanita yang kesedihan tidur bersebelahan mayat ibunya selama
lapan bulan di flet satu bilik kediaman mereka kerana tidak mampu
mengebumikannya.
Kisah mengejutkan itu terbongkar selepas seorang pegawai dihantar ke
rumah berkenaan di Munich untuk menuntut hutang pesara berusia 70 tahun
itu.
Dia menemui mayat reput wanita itu di atas katil.Menyedihkan lagi apabila anak perempuannya yang hidup dengan bergantung kepada bantuan kerana menganggur tidak menyedari dia mungkin ditangkap kerana tidak mengebumikan ibunya, kata polis.
Di Jerman, mereka yang tidak mampu membayar upacara pengebumian boleh memohon bantuan sebanyak 3,200 euro (RM12,834) daripada kerajaan untuk menampung kos itu.
Wanita berusia 39 tahun itu dimasukkan ke pusat psikiatrik atas permintaannya.Polis mula menyiasat sama ada dia menuntut wang pencen ibunya kerana menyimpan mayat ibunya di rumah.
Warga emas terbabit meninggal Julai tahun lalu dan meninggalkan anak perempuannya dengan jumlah hutang yang banyak. Kerana tidak mampu menerima hakikat kematian ibunya dan beban hutang ditanggung, dia merahsiakan kematian wanita tua itu.[metro]