ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 12 Mac 2013

Op Daulat : Seorang lagi anggota keselamatan terbunuh

Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini hari ini.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi."Seorang anggota keselamatan gugur," katanya.

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.

Zulkifeli berkata, Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu.[sinar

*Jenazah Prebet 1163468 Ahmad Hurairah Ismail, anggota tentera yang terkorban di Sungai Nyamuk, Lahad Datu pagi tadi akan dibawa pulang ke kampungnya di Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan -Jenazah akan diterbangkan dari Lapangan terbang Tawau 4 pagi Esok dan Dijangka di Di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Jam 8 Pagi- Ahmad Zahid Hamidi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...