Seorang bekas penasihat undang-undang warga Ukraine mengambil gambar
mencemaskan ini ketika mendaki bangunan dan bergayut dari menara di Kiev
dan Moscow.
Tanpa menggunakan alat keselamatan, pemuda berusia 26 tahun itu yang
menggelar dirinya “Mustang Wanted” mempertaruh nyawa menerusi hobinya
di peringkat ekstrem. Aksi lagak ngerinya yang membuatkan orang
gementar termasuk bergayut di bangunan hanya dengan sebelah tangan dan
mengimbangkan diri secara menjinjit di atas batang logam yang tergantung
tinggi.
Aksi berbahaya dilakukannya itu membolehkan dia mendapat jolokan nama samaran “Spider-Man sebenar” Dia menulis dalam laman Facebooknya: “Ketakutan tidak wujud. Kadang-kadang saya rasa macam robot. Saya tidak merasakan apa-apa.
“Kematian bukan perkara terburuk yang boleh terjadi. Setiap orang
akan mati, tetapi tidak semua orang dapat hidup sebagaimana yang mereka
inginkan.
“Jika anda takut dengan semua perkara, anda perlu hidup dalam makmal yang telah disteril.” Mustang menegaskan dia lebih rela mati daripada mengalami kecederaan yang akan menamatkan kariernya.
“Jangan cuba meniru aksi yang saya lakukan kerana ia benar-benar
berbahaya. “Saya sudah melakukan aksi ini selama bertahun-tahun, hanya
untuk kepuasan diri. Jaga kehidupan dan kesihatan anda!”
Mustang masih
mencari peluang penajaan dengan menawarkan untuk dirakam bergambar
bersama logo syarikat sambil bergayut dari bangunan pencakar langit
setinggi 213 meter.[metro]