ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 15 Mac 2013

Penumpang pesawat boleh terapung selama 25 saat

Sebuah pesawat Airbus A330 Zero-G akan membawa 40 penumpang untuk mengalami pengalaman graviti sifar dari Lapangan Terbang Bordeaux-Merignac di Bordeaux pada hari ini.

Setiap penumpang membayar sebanyak AS$7,970 (RM24,802) setiap orang untuk mengalami pengalaman tersebut.Pesawat berkenaan kini berada di lapangan terbang tersebut. 

Para penumpang pesawat itu akan terapung di dalam kabin selama 25 saat apabila berlaku graviti sifar.Juruterbang pesawat itu akan mengemudikan pesawat tersebut dengan mendongak ke langit pada altitude 8,534 meter sebelum kembali semula kepada kedudukan mendatar dan menurun ke bumi.Ia merupakan penerbangan komersial pertama untuk para penumpang di Eropah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...