Kemeriahan pelancaran padang bola sintetik pertama di Malaysia
bertukar tragedi ngeri apabila seorang bayi perempuan berusia 18 bulan
maut terkena bilah helikopter kawalan jauh yang diterbangkan sebagai
gimik perasmian di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini, malam
tadi.
Nur Damia Husnina yang mengalami kecederaan di kepala itu disahkan
meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar
Seremban manakala bapanya berusia 40-an yang turut cedera di kepala
dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 malam itu, bayi terbabit
dikatakan sedang tidur nyenyak di bahu bapanya yang berdiri tidak jauh
dari pentas utama ketika majlis perasmian padang rumput tiruan jenis
‘field turf’ bernilai RM2.5 juta yang disempurnakan Menteri Kewangan
Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta diiringi Menteri Besar
Datuk Seri Mohamad Hasan.
Sebuah helikopter kawalan jauh diterbangkan sebagai sebahagian daripada gimik pelancaran, malangnya pengendali peralatan itu hilang kawalan menyebabkan ia jatuh menimpa penonton.
Sebuah helikopter kawalan jauh diterbangkan sebagai sebahagian daripada gimik pelancaran, malangnya pengendali peralatan itu hilang kawalan menyebabkan ia jatuh menimpa penonton.
Difahamkan, selain bayi dan bapanya, tiga lagi mangsa yang belum dipastikan identitinya turut cedera terkena serpihan helikopter berkenaan.[metro]
*Sapa punya idea terbangkan heli dekat tempat oran berkumpul ni..