ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 21 Mac 2013

Unik! Motor Skuter boleh lipat

Kepada mereka yang sukar mencari tempat parkir pastinya pengangkutan mudah alih penemuan baru skuter elektrik yang boleh dilipat menjadi penyelesaian terbaik.

Skuter praktikal itu boleh dilipat di bahagian tengah, membolehkan pengguna membawanya dalam kereta api atau di belakang kereta dan ditunggang dengan kelajuan 45 kilometer sejam.

Skuter inovatif itu mempunyai tempat duduk kulit, memastikan penunggangnya selesa ketika menunggang. Ia seberat 25 kilogram dan mempunyai hayat bateri hingga 35 kilometer dan mengambil masa sejam untuk dicaj sepenuhnya.
Skuter yang dikenali sebagai Moveo itu digerakkan oleh motor di kedua-dua tayar dan boleh dilipat dalam tempoh beberapa saat saja.

Motosikal itu juga boleh ditarik pada pemegangnya seperti bagasi.Syarikat yang mereka cipta Moveo berharap ia dapat dijual mulai awal tahun depan dengan harga 2,000 pound (RM9,454).[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...