Ketika kebanyakan kanak-kanak menjadikan kucing sebagai haiwan
peliharaan, Braxton West-Smith bertindak lebih berani apabila
bermain-main dengan anak singa.
Kanak-kanak berusia tiga tahun itu adalah generasi terkini yang
menjadi ahli kumpulan Sarkas Stardust.Selain dikelilingi ahli keluarga
yang menguruskan sarkas berkenaan, West-Smith menjadikan anak singa
Afrika, Zimbi, sebagai rakan. Stardust adalah kumpulan sarkas terbesar
di Australia dan menggunakan pelbagai jenis haiwan liar untuk membuat
persembahan.
Setiap pagi, West-Smith akan berkongsi meja dengan Zimbi untuk bersarapan serta bergurau-senda.Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan selama mana West-Smith akan bersahabat dengan Zimbi kerana aktivis yang membantah penggunaan haiwan dalam persembahan semakin berkembang di Australia.[metro]