Penjaga gol yang disebut-sebut bakal bermain untuk skuad Brazil dalam
Piala Dunia 2014 semalam mengaku membunuh bekas teman wanitanya sebelum
memberi cebisan mayat itu kepada anjing.
Bruno Fernandes De Souza, 28, sebelum itu dituduh membunuh Eliza
Samudio bagi mengelak dipaksa menanggung saraan anak mereka yang
dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan.
De Souza sebelum ini menafikan
terbabit dalam kematian Eliza, 25, tetapi ketika perbicaraan
dilangsungkan di mahkamah semalam, bekas pemain kelab Flamengo itu
menceritakan bagaimana pasangannya itu dibunuh.
Kata De Souza, kawan baiknya, Luiz Henrique Romao mengupah seseorang untuk membunuh Eliza. Walaupun tidak mampu mengarahkan bekas kekasihnya dibunuh, De Souza mengaku menerima bantuan Romao.
De Souza dituduh merancang
penculikan Eliza dan membunuh wanita terbabit dengan bantuan lapan orang
lain, termasuk isterinya, Dayane, seorang lagi bekas kekasihnya,
seorang sepupu dan bekas anggota polis, Marcos Santos.
Pendakwa berkata, De Souza melihat Santos menyeksa Eliza sehingga
mati sebelum membantu bekas anggota polis itu memotong mayat mangsa.
Sebahagian daripada cebisan mayat Eliza diberi kepada anjing De Souza
sebagai makanan, manakala selebihnya ditanam di bawah lapisan simen.
Dalam perbicaraan awal, Romao didapati bersalah membunuh Eliza dan
dihukum penjara 15 tahun.
Santos pula akan mula dibicarakan bulan depan. Sebelum ditangkap, De Souza disebut-sebut akan berpindah ke kelab AC Milan.Ketika disoal siasat, dia mendakwa, Eliza masih hidup dan berada di luar negara.
Namun, dia memberitahu mahkamah di Contagem, sepupunya, Jorge Rosa,
menyaksikan pembunuhan itu dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya.
“Selepas diculik, Eliza dibawa ke rumahnya di Belo Horizonte dan Santos
yang diupah sebagai pembunuh menunggu di situ,” katanya.
Eliza yang didakwa pernah menjalin hubungan dengan bintang Real Madrid, Cistiano Ronaldo berselisih faham dengan de Souza selepas hamil akibat hubungan sulit mereka.De Souza dan Eliza bertemu kali pertama pada Mei 2009.[metro]