Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas bersenjatakan
parang manakala seorang pengganas wanita diberkas dalam operasi
penggeledahan di Kampung Tanjung Batu di sini semalam.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin
berkata, pengganas lelaki itu mati ditembak pada pukul 1.30 petang
susulan daripada pertempuran yang tercetus pada pukul 11.30 pagi
manakala dalam pertempuran tersebut juga seorang anggota tentera cedera
di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.
"Kita membunuh seorang musuh manakala seorang musuh wanita berusia 40-an ditahan."Anggota tentera daripada Unit Grup Gerak Khas (GGK) yang cedera pula
stabil dirawat di Hospital Lahad Datu selepas pembedahan," kata beliau
pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid
Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16 di sini semalam.
Menurut beliau, pengganas lelaki yang ditembak mati itu hanya
bersenjatakan parang manakala wanita itu pula tiada senjata semasa
ditangkap.[kosmo]