ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 18 Mac 2013

Rahsia ‘pelacur terhormat’ didedah

Di sebalik perwatakannya yang disegani, seorang wanita secara rahsia menjual dirinya melalui sebuah agensi pelacuran ekslusif dengan bayaran £100 (RM500) sejam.

Menduduki jawatan pengerusi di satu daripada pusat akademi terbaik di Britain, Marie-Louise Couzens-Abbott juga sering mendengar pelbagai isu disiplin membabitkan pelajar dan kakitangan institusi berkenaan.

Pada masa sama, ibu kepada seorang anak itu juga menjalani hidup yang berbeza di luar pengetahuan ramai.Untuk mencari pelanggan, Marie mengiklankan dirinya di banyak laman sesawang lucah dan memuat naik gambar bogel dengan mengaburkan wajahnya bagi mengelak dikenali. Wanita berusia 48 tahun itu berkunjung ke seluruh Britain untuk memenuhi tempahan di kalangan pelanggan lelaki atau wanita.

Menurut sumber, Marie memberikan khidmatnya melalui kamera komputer. Dalam satu daripada iklan mengenai dirinya, Marie menyatakan, dia suka menemani lelaki, wanita atau mana-mana pasangan yang berminat.

“Saya ada ramai kawan yang mahu menyertai kita semua,” katanya. Marie juga menganggap dirinya sebagai “ghairah, intim, seksi dan erotik.” Sumber berkata, Marie membahagikan masanya untuk memenuhi keperluan dua dunia yang berbeza itu.

“Marie menyewa sebuah rumah pangsa di Leeds bersama dua wanita lain untuk menawarkan khidmat seks, selain menetap di rumahnya di Huddersfield dan dikenali sebagai pegawai kanan Akademi Moor End.

Kegiatan Marie itu dibongkar selepas seorang wartawan menyamar untuk mendapatkan khidmatnya.Ekoran pendedahan itu, Marie dipercayai menyerahkan surat peletakan jawatan di sekolah berkenaan. Apabila dihubungi wartawan, Marie menafikan dia pernah menjadi pelacur.[metro]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...