Bayaran pampasan berjumlah berjuta-juta dolar akan dibayar kepada
beberapa pelajar sebuah sekolah menengah rendah tempat seorang guru
dituduh mencabul kanak-kanak dan menyuapkan mereka air maninya.
Mark Berndt memaksa pelajarnya mengambil bahagian dalam permainan
‘rasa’ apabila dia memberikan air maninya yang disapu pada biskut dan
sudu.
Pendakwa raya berkata, guru itu kadang kala menutup mata pelajar
dengan kain dan merakam aksi mereka.
Tindakan undang-undang juga difailkan selepas seorang lagi guru dituduh melakukan aksi lucah terhadap seorang kanak-kanak yang menurut pihak berkuasa diraba di dalam kelas.
Pendakwa raya, Raymond Boucher berkata semalam, setiap pelajar itu
mungkin diberi pampasan berjumlah $470,000 (RM1.4 juta), Berndt yang
mengajar selama 32 tahun di Sekolah Rendah Miramonte di Los Angeles
mengaku tidak bersalah dalam kes jenayah itu.
Springer juga mengaku tidak bersalah. Berndt guru gred tiga dan mengajar murid berusia tujuh hingga lapan tahun ditahan selepas seorang pengasas web foto menemui berpuluh-puluh foto kanak-kanak dengan mata mereka ditutup sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Polis berkata, mereka
kemudian menemui sudu plastik dalam bakul sampah di bilik darjah Berndt
dengan kesan air mani. Peguam Brian Claypool melebel penderaan itu
sebagai “drama yang telah lama berlangsung”.
Bagaimanapun, terdapat kebimbangan bahawa berjuta-juta dakwaan mungkin memusnahkan daerah itu. Yang menjadi persoalannya ialah bagaimana penderaan seksual di daerah persekolahan kedua terbesar di Amerika Syarikat itu boleh berlaku begitu lama tanpa dapat dikesan?
Sejurus selepas penahanan
Berndt, semua 76 guru sekolah itu dipindahkan sementara kakitangan dan
pentadbir diberi cuti.
Enam bulan kemudian pada awal tahun persekolahan, 43 daripada guru
terbabit kembali ke sekolah Miramonte yang distruktur semula dengan guru
besar baru. Manakala selebihnya bersara atau dipindahkan ke sekolah
lain.[metro]