Sekumpulan saintis dari Universiti Washington di St Louis, Amerika
Syarikat berjaya membuktikan bahawa racun lebah mampu membunuh dan
menyembuhkan pesakit dijangkiti virus Human Immunodeficiency Virus
(HIV).
Saintis, Joshua L Hood berkata, penggunaan racun lebah melittin dan
partikel nano mampu membunuh virus ini dengan tindak balas darah
manusia.
"Melittin pada partikel nano dapat menyerap lapisan luar virus dan membentuk pori kecil lalu meleraikan lapisan pelindung virus,” katanya dipetik laporan Science news
Menurutnya, melittin dan partikel nano hanya bertindak balas pada HIV dan tidak menjejaskan sel manusia.
"Tindak balas ini mampu menghapuskan kehadiran virus HIV dari tubuh manusia namun ia berbeza dengan perawatan anti-retroviral yang hanya mencegah reproduksi HIV.
Beliau berkata, kajian juga mendapati racun lebah juga boleh disuntik pada salah satu sel kemaluan wanita untuk mencegah jangkitan HIV.[sinar]