Seorang wanita maut selepas dipercayai terjun bersama anaknya dari
tingkap tingkat lapan apartmen West Harlem, namun bayi lelaki berumur 10
bulan itu dilaporkan terselamat, menurut polis New York, kelmarin.
Saksi, Steven Dominiquez, 18, memberitahu dia melihat bayi tersebut
melantun beberapa kali sebelum jatuh ke tanah dalam keadaan tertiarap
berhampiran mayat ibunya, Cynthia Wachenheim, 45.
"Saya terkejut selepas mendengar bayi itu meraung dengan kuat. Dia amat bernasib baik kerana terselamat," katanya.
Difahamkan, bayi malang itu kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Hasil siasatan awal polis mendapati Wachenheim turut meninggalkan tujuh nota di bawah katilnya dan tiada tanda berlaku pergelutan di rumahnya.
Menurut dalam laporan AP rakaman kamera pengawasan juga menunjukkan suami mangsa meninggalkan rumah mereka kira-kira sejam sebelum kejadian .[sinar]