Seorang ahli perniagaan, Vjekoslav Majetic mengendalikan sebuah
syarikat Dok-Ing di sini yang mengeluarkan kereta elektrik mini yang
mewah.
Majetic yang berusia 57 tahun sebelum ini bercita-cita untuk menghasilkan kereta berkuasa elektrik semasa dia masih kecil.
Beliau yang merupakan bekas jurutera pengangkutan mula menjadikan
ideanya itu sebagai realiti lima tahun lalu apabila sebuah kereta
prototaip yang dihasilkannya, Loox dipamerkan pada Pertunjukan Kereta
Geneva di Switzerland pada tahun 2010.
Kebanyakan komponen kereta elektrik tiga tempat duduk itu dibuat di Croatia.Komponen-komponen yang digunakan untuk menghasilkan kereta tersebut
berkualiti tinggi seperti badannya diperbuat daripada karbon kevlar.
Bahan-bahan berkualiti tinggi itu menyebabkan harga kereta itu mahal
iaitu AS$68,000 (RM211,607) berbanding kereta elektrik lain.
Kereta sepanjang 2.9 meter itu boleh mencecah kelajuan sehingga 100
kilometer sejam dalam tempoh 7.5 saat berdasarkan meter laju.
Masa untuk mengecaj kereta itu ialah tiga hingga lapan jam.Syarikat itu merancang untuk menghasilkan lima buah kereta tersebut menjelang tahun ini.[kosmo]