Identiti pemimpin pengganas Sulu berpangkat jeneral yang dibunuh
dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu, di
sini, pada 7 Mac lalu, terjawab apabila polis mengesahkan dia ialah
Komander Musa atau dikenali juga sebagai Haji Musa.
Pengesahan itu dibuat Ketua Forensik Ops Daulat Superintendan
Hussein Omar Khan semalam, sekali gus menolak laporan sebuah akhbar
sebelum ini yang mendakwa pemimpin berkenaan adalah Abgimuddin Kiram,
iaitu adik kepada Jamalul Kiram III.
Hussein berkata, identiti Komander Musa yang berusia lingkungan 50-an
dikenal pasti hasil bedah siasat dilakukan di Hospital Lahad Datu
bersama 15 lagi mayat pengganas lain.
“Semua 16 mayat dibawa sejak malam tadi (kelmarin) adalah sebahagian daripada mayat 31 pengganas ditembak mati dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Khamis lalu.
“Semua 16 mayat dibawa sejak malam tadi (kelmarin) adalah sebahagian daripada mayat 31 pengganas ditembak mati dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Khamis lalu.
“Bedah siasat ke atas 16 mayat itu oleh pasukan patologi diketuai pakar
Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor,” katanya
ketika ditemui di pekarangan Hospital Lahad Datu.[metro]
dalam bulatan..jeneral haji musa |