Seorang lelaki didapati memuat turun imej yang memaparkan aksi wanita
mengadakan hubungan dengan pelbagai haiwan, termasuk ular, harimau dan
gajah.
Turut dimuat turun oleh Stephen Thresh ialah aksi lucah membabitkan
beberapa ekor kuda dan anjing. Menurut polis, mereka tidak dapat
memastikan sama ada harimau dan ular yang dijadikan objek pemuas nafsu
dalam aksi berkenaan masih hidup atau sudah mati.
Bagaimanapun, jurucakap polis berkata, mereka yakin gajah yang dipaparkan dalam imej itu memang hidup. Dalam perbicaraan semalam, mahkamah diberitahu, polis percaya Thresh tidak berminat dengan aktiviti seks normal.
Thresh, 47, dari Hull mengaku salah terhadap lima tuduhan memiliki
imej lucah melampau serta enam tuduhan memiliki 405 imej lucah yang
ditemui dalam komputer ribanya.
Dia ditangkap selepas diperdaya melalui
mesej palsu yang dihantar melalui komputernya.Melalui mesej itu, pihak berkuasa mendakwa, mereka dimaklumkan mengenai aktiviti Thresh.
Mempercayai mesej itu benar, Thresh menyerahkan komputer ribanya kepada polis dan dia ditahan sejurus selepas itu. Sementara itu, hakim menangguhkan keputusan terhadap kes Thresh kerana dia juga menghadapi tuduhan lain membabitkan kesalahan menyerang.
Hakim, Mark Bury berkata, dia akan menentukan hukuman selepas semua
perbicaraan Thresh berakhir. Sementara itu, penyiasat berkata, imej
utama yang dimuat turun oleh Thresh ialah aksi lucah wanita dengan kuda
dan anjing.
“Imej membabitkan gajah, ular dan harimau itu sangat
berbahaya untuk dilakukan.“Memang jelas Thresh meminati aksi seks seumpama itu lebih daripada biasa,” katanya.[metro]