Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 240 tahun selepas bersabit
kesalahan melakukan keganasan di New York City, Amerika Syarikat.
Pihak berkuasa tempatan berkata, hukuman penjara itu dianggap tidak
menunjukkan penyelesaian dan keadilan terhadap kes tersebut.
Steve Johnson, 45, dijatuhi hukuman selepas melakukan penculikan,
melepaskan tembakan rambang dan menyimbah minyak tanah pada Jun 2002 di
sebuah bar di East Village.
“Juri mendapati, Johnson mempunyai masalah mental dan ketika kejadian
itu, dia menyasarkan serangan terhadap pengunjung berkulit putih,”
katanya.
Menurutnya, ketika kejadian itu Jonson membawa tiga pistol, pedang
samurai dan minyak tanah sebelum menembak dan mencederakan tiga orang.[sinar]