Seorang ibu di sini terkejut setelah menemui nota tentang rejim
senaman dan diet yang pelik, yang diamalkan seorang anak perempuannya
yang baru berusia tujuh tahun.
Amy Cheney, ibu kepada tiga orang anak menemui nota yang
menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh anaknya itu,
semasa mengemas bilik anak perempuannya itu.
Nota itu menyenaraikan bahawa murid perempuan boleh minum dua yogurt;
tiga biji epal; sebiji buah pear; dua buah kiwi sehari yang
menghasilkan sebanyak 580 kalori.
Nota itu turut menyatakan bahawa mereka perlu melakukan secara
keseluruhan 34 kali tekan tubi, 32 kali lompatan, tiga kali menunggang
basikal dan berlari tiga kali sehari.
Walhal, data yang dikeluarkan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan
Britain (NHS) dalam laporannya pada 1991 menyatakan bahawa kanak-kanak
berumur antara tujuh tahun dan 10 tahun memerlukan sekurang-kurangnya
1,740 kalori sehari.
Cheney mendedahkan perkara itu dalam laman web gaya hidup, Mama Mia
semalam dan mempertikaikan bagaimana kanak-kanak sekecil itu boleh
memahami istilah diet.
''Saya berasa sangat sakit seperti dada saya di tindih oleh seseorang selepas membaca nota itu,'' katanya.Tambahnya, selepas berbincang mengenai perkara itu dengan anak
perempuannya itu, anaknya itu memaklumkan bahawa seorang rakan
sekelasnya yang sedang mengamalkan diet telah memberitahunya tentang
amalan diet itu.[utusan]