Seorang wanita, Tutun, 24, mati selepas minum racun serangga apabila mengetahui anak tunggalnya didukung ibu mentuanya, semalam.
Suami wanita itu, Didik, sempat membawanya ke hospital di daerah di Jawa Timur ini tetapi dia gagal diselamatkan.
Seorang jiran berkata: “Tutun sering cuba membunuh diri. Semalam, dia melakukannya lagi dan akhirnya mati selepas minum racun serangga.” Ketua polis tempatan Ipda Warsih berkata, hasil siasatan menunjukkan wanita itu mengalami tekanan jiwa.
“Dia sering mengancam membunuh diri sekiranya melihat anaknya
didukung ibu mentuanya. Punca dia begitu marah dengan ibu suaminya tidak
diketahui,” kata Ipda.[metro]