Seorang murid sekolah berusia lapan tahun melangsungkan perkahwinan dengan wanita yang mungkin seusia dengan neneknya.
Sanele Masilela melangsungkan perkahwinan itu di depan 100 tetamu
dengan ibu anak lima, Helen Shabangu, walaupun wanita berkenaan masih
mempunyai suami.
Pasangan itu bertukar cincin dan bercium di majlis yang diadakan di Tshwane, Afrika Selatan.Sanele mendakwa dia berkahwin kerana diarah oleh nenek moyangnya.
Keluarganya yang membelanjakan kira-kira RM7,500 untuk majlis itu berkata, ia hanya bersifat ritual dan tidak sah dari segi undang-undang.
“Saya memberitahu ibu, saya ingin berkahwin kerana itu yang saya mahukan. Saya gembira dapat berkahwin dengan Helen. Apabila dewasa kelak, saya akan kahwin dengan wanita seusia saya,” kata Sanele.
Patience, Ibu Sanele yang berusia 46 tahun berkata: “Datuk Sanele
mengarahkannya berkahwin sebelum dia mati. Dia memilih Helen kerana
sayangkan wanita itu.[metro]
“Dengan berbuat demikian, nenek moyangnya pasti
gembira. Jika kami menghalangnya, sesuatu yang buruk akan berlaku ke
atas keluarga kami.” Helen ketika mengulas perkahwinannya itu berkata:
“Itu yang dimahukan nenek moyangnya.”