Seekor buaya bernama Mr Stubbs akan melakar sejarah tersendiri
apabila dipasang ekor tiruan bagi membantunya hidup normal tidak lama
lagi.
Berusia sembilan tahun, reptilia itu adalah buaya pertama dilengkapi
ekor buatan manusia. Mr Stubbs mengalami kecacatan bahagian belakang
badannya selepas digigit ketika bergaduh dengan buaya lain.
Kecacatan itu juga menyebabkan Mr Stubbs tidak boleh berenang seperti sepatutnya.Haiwan berkenaan diselamatkan pakar reptilia sebuah persatuan hidupan liar di Phoenix, Arizona.Namun, dengan ekor tiruan itu, Mr Stubbs bakal mendapat hidup baru.
Sepasukan pakar mencipta ekor berteknologi tinggi menggunakan lateks dan silikon berharga beribu-ribu dolar Amerika. Mereka turut mengkaji pergerakan Mr Stubbs melalui kamera khas untuk menyesuaikan ekor tiruannya.
Selepas dipasangkan ekor tiruan itu, pakar terbabit perlu mengajar Mr
Stubbs berenang semula. Seorang daripada pakar persatuan itu, Russ
Johnson berkata, buaya berkenaan mungkin terlalu muda ketika bertembung
dan bergaduh sebelum ini.
“Buaya adalah haiwan pemangsa dan jika anda
bersaiz kecil terpaksa berdepan dengan buaya lain yang kelaparan, anda
adalah makanan mereka,” katanya. Mr Stubbs adalah satu daripada 32
buaya yang ditemui dalam sebuah lori yang ditahan di Arizona baru-baru
ini.
Selepas diserahkan kepada persatuan terbabit, Johnson berkata,
mereka mendapati Mr Stubbs tidak mampu berenang.“Apabila di dalam air, Mr Stubbs akan terlentang,” katanya.[metro]