China menggunakan pelbagai cara mengatasi masalah kekurangan rumah di
Shanghai termasuk menggunakan kontena kapal sebagai alternatif baru
untuk dijadikan tempat berteduh penduduk miskin di kawasan itu.
Di bawah program rumah kos rendah, sewa untuk setiap kontena yang
diubah suai menjadi apartmen tersebut hanya AS$80 (RM250) sebulan.
Menurut Li Yi, Ketua Organisasi I Dreaming yang memulakan projek itu,
setiap kontena direka semula seperti sebuah bilik yang dilengkapi dengan
bekalan air dan elektrik serta penghawa dingin.
“Ia kelihatan seperti bilik hotel dilengkapi bilik tidur dan bilik air. Bahan penebat juga dipasang untuk mengekalkan haba dan mengurangkan bunyi bising,” katanya dalam laporan Reuters.
Difahamkan, harga sewa rumah kontena berukuran 20 meter persegi adalah separuh kos purata untuk menyewa sebuah apartmen di daerah Baoshan.
“Jika projek itu berjaya, kami akan cuba membina kemudahan sokongan untuk apartmen itu seperti restoran, pejabat dan pusat gimnasium,” jelasnya lagi.[sinar]