Mercedes Benz semalam mendedahkan keluaran terbaru - kereta lasak
enam roda, yang pertama sejak model sama dikeluarkan untuk pemimpin Nazi
di Jerman pada 1930-an.Mercedes G63 AMG 6x6 ini adalah model edisi terhad berdasarkan G-Wagon.
Ia direka untuk memiliki keupayaan lasak seperti sebuah kereta kebal, memacu seperti sebuah kereta lumba dan memiliki ciri-ciri mewah seperti sebuah limosin.
Bagaimanapun, pengeluaran kereta 6x6 itu dihadkan kepada 30 unit
saja setahun. Harganya pula, kira-kira RM1.7 juta, menjadikannya model
paling mahal syarikat berkenaan dan tiga kali ganda lebih tinggi
berbanding G-Wagon.Kereta ini dijangka mendapat sambutan hangat di kalangan pembeli di Asia Barat.