ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 7 Mac 2013

Pelik! Sultan Sulu nak gencatan senjata tapi ribuan didakwa menyusup ke Sabah

Jamalul Kiram III, yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, hari ini meminta agar diadakan gencatan senjata susulan situasi semasa di Lahad Datu termasuk serangan pasukan keselamatan Malaysia ke atas kumpulan yang menceroboh wilayah Sabah sejak hampir sebulan lalu.

Selain itu, Jamalul juga meminta agar pasukan yang setia kepada beliau meletakkan senjata.Beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.

"Sultan (Jamalul Kiram III) mahu gencatan senjata (di pihak) Kesultanan Sulu berkuat kuasa 12.30 tengah hari ini (Khamis)," kata jurucakapnya Abraham Idjirani di sini.

Katanya, langkah itu diambil susulan permintaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam.

Idjirani berkata, meskipun gencatan senjata diumumkan tindakan mempertahankan diri akan diteruskan jika terus diserang.

Pihak Kesultanan Sulu berkata 10 anggotanya maut manakala empat yang lain cedera dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia kelmarin dan semalam manakala 10 yang lain ditahan pihak Malaysia. [sinar]

Yang peliknya 
 
Media antarabangsa termasuk media berpengaruh Filipina melaporkan, kira-kira 10,000 kumpulan gerila kaum Tausung dari Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi belayar ke Sabah bagi membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Lahad Datu.

Media melaporkan, kenyataan itu dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan (MNLF), Habib Hashim Mudjabab, semalam.

“Ramai antara kami marah dan kebanyakan mereka, termasuk golongan bukan pejuang, akan ke Sabah membantu tentera Sultan Sulu,” katanya.

Menurutnya, kumpulan gerila itu menyertai kumpulan pengikut Sultan Sulu dan mereka kini bersembunyi di sebuah kampung di Sabah melalui sebuah laluan di Filipina dikenali sebagai Southern backdoor (jalan belakang Selatan), laluan yang biasa digunakan pedagang kecil.

Laporan turut memetik, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar kumpulan yang telah berjaya membolosi sempadan Sabah  tetapi hanya menegaskan ia mencecah ribuan.

Beliau berkata, walaupun pemimpin MNLF tidak mengeluarkan arahan rasmi untuk memasuki Sabah tetapi MNLF memberi sokongan penuh atas usaha Sultan Sulu untuk menuntut semula wilayah Sabah itu.

Sementara itu, pembantu sultan berkata, di Manila, antara 100 dan 300 militan dipercayai melarikan diri serangan kelmarin dan bersembunyi di beberapa perkampungan sekitar Lahad Datu. [sinar]

*Apa semua ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...