Pakar bedah Britain mendakwa mereka berjaya melakukan pemindahan hati ke
atas dua pesakit menggunakan 'teknik revolusi' yang akan memastikan
organ kekal pada suhu sepatutnya dan terus berfungsi walaupun sudah
dikeluarkan dari tubuh.
Memetik laporan Al-Jazeera kumpulan pakar yang melakukan prosedur itu
di Hospital King College di London memaklumkan kejayaan mereka akan
menjadi titik tolak dalam bidang perubatan.
Difahamkan, teknologi baru tersebut dicipta hasil cetusan idea 20 jurutera di Universiti Oxford dan ia mengambil masa lebih 20 tahun untuk direalisasikan.
Profesor Constantin Coussios di universiti terkemuka itu menyatakan ciptaan mereka membolehkan hati kekal pada suhu seperti berada dalam tubuh manusia kerana sel darah merah masih bergerak dalam kapilari.
Dalam satu kenyataan lain, perunding pakar bedah pemindahan hati, Wayel Jassem berkata, teknologi tersebut mempunyai potensi besar untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa memandangkan angka dalam senarai menunggu juga semakin meningkat setiap tahun
Sebelum ini, organ yang didermakan perlu disimpan dalam bekas ais untuk tujuan memperlahankan metabolisme tetapi kaedah tersebut sebenarnya menjadi punca ia menjadi rosak sebelum dipindahkan ke tubuh penerima.[sinar]