Seorang lelaki yang berpakaian seperti ‘Batman’ menangkap dan
menyerahkan suspek dikehendaki kepada polis sebelum menghilangkan diri.
Menurut pihak polis, penjenayah yang berusia 27 tahun itu dibawa oleh
lelaki yang memakai kostum Batman pada awal pagi 25 Februari lalu.
Penjenayah itu didakwa atas kesalahan mencuri dan menipu.
“Individu yang membawa penjenayah itu ke balai polis memakai kostum Batman dan hingga kini, identitinya masih lagi menjadi misteri,” kata sumber polis.
“Bukan saja identiti Batman itu tidak diketahui, malah kami sendiri juga kurang pasti sama ada lelaki itu terlibat sama atau tidak dengan penjenayah yang diserahkan kepada polis,” ujar pihak polis.
Pemilik kedai The Joke Shop di Kirkgate, Kathryn Sutcliffe berkata, dia ada menjual kostum Batman kepada seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an beberapa hari sebelum kejadian itu.
Sutcliffe berkata, lelaki itu menggunakan loghat penduduk tempatan dan berambut kerinting.Tambah beliau, mungkin lelaki itu yang terlibat menyerahkan penjenayah kepada pihak polis baru-baru ini kerana dia membeli kostum batman menggunakan kad kredit dan berkata mahu merahsiakan identitinya.[sinar]