Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan
‘offensive’ terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo,
Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan
oleh PDRM bersama pihak ATM.
Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan
dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh.
Ketika ini ‘mopping up’ dan penggeledahan sedang dijalankan.
Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum
dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan
keselamatan.
Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau
spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini
masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan
operasi ini.
Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan
di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak
masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi
nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke
Kampung Tanduo.
Sumber-FB Rasmi PDRM