Seorang pemain bola sepak di Bacup, Lancashire berumur 27 tahun
meninggal dunia selepas diserang strok akibat sering menanduk bola.
Bryan Herbert yang menyertai pasukan Bacup Borough, rebah beberapa
jam selepas satu perlawanan, sebelum meninggal dunia lapan minggu
selepas dia dimasukkan ke hospital.
Herbert adalah penyerang yang sering menjaringkan gol untuk pasukkannya serta dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Inkues menunjukkan satu darah beku di otaknya yang disebabkan oleh
tindakannya yang sering menanduk bola, sekali gus menyebabkannya
diserang strok.
Kejadian bermula pada Ogos lalu, apabila dia mengadu sakit kepala
kepada teman wanitanya selepas satu perlawanan, sebelum rebah sejurus
selepas itu.
Dia kemudiannya dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia pada
Oktober lalu dengan teman wanitanya, Vicky Bruty dan ahli keluarga
berada di sisi.
Herbert yang merupakan peminat seumur hidup Liverpool, bermain untuk
pasukan Bacup Junior sejak berumur 12 tahun, sebelum berpindah ke
pasukan senior ketika berumur 16 tahun.
Dia turut bermain dengan satu lagi pasukan amatur, Stacksteads St Josephs dan menjadi kapten pasukan kelab tempatan itu.[utusan]