ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 17 Oktober 2011

Akhirnya superhero buka topeng

Korang ingat lagi pasal superhero yang kena tangkap polis pasal menyembur orang dengan serbuk lada.Kalau tak ingat tengok balik sini..Akhirnya mamat tu terpaksa mendedahkan mukanya apabila dihadapkan ke sebuah mahkamah di Los Angeles pada Khamis lalu.

Dia membuka topengnya selepas diarahkan oleh beberapa pegawai mahkamah yang membicarakan kes dia menyembur serbuk lada kepada empat orang lelaki pada Ahad lalu.Lelaki itu sebelum ini terkenal dengan panggilan adi wira Phoenix Jones.Nama sebenarnya ialah Benjamin John Francis Fodor.


Menurutnya, dia cuba untuk meleraikan satu pergaduhan apabila dia diserang dalam kejadian tersebut.Namun, pendakwa raya memberitahu hakim, mereka memerlukan masa untuk memutuskan sama ada akan memfailkan dakwaan dalam kes berkenaan.Dia memakai semula topeng muka itu selepas perbicaraan tersebut.

Namun, semasa berdepan dengan pemberita, dia menanggalkan semula topengnya untuk mendedahkan identiti dirinya.Menurutnya, dia merupakan seorang bapa dan mempunyai seorang adik lelaki.[sumber

*Cuak aku..Superhero pun masuk mahkamah..kih kih kih.. 

8 Pengkritik Yang Cuak:

  1. hahahha...pergi hantar kat plestin tak boh

    BalasPadam
  2. hahha..dh nmpk pon rupa..xleh jd superhero lg..hehe..

    BalasPadam
  3. mahkamah kat sana boleh je pakai suka hati depa ek :D

    BalasPadam
  4. wah cantik rmbut superhero tu ye.. hehe.. tpacak

    BalasPadam
  5. identiti dah terbongkar. pasni xleh jadi superhero lagi la...

    BalasPadam
  6. Salam;
    niat baik cuma salah cara dan penampilan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...