ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 26 Oktober 2011

Gaddafi dikebumikan di Gurun Sahara

Jenazah bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah dikebumikan di sebuah lokasi rahsia di gurun Sahara semalam bersama dengan seorang anak lelakinya, Motassim, kata seorang pegawai kerajaan sementara. "Jenazah itu telah dibawa pada awal pagi dan baru dikebumikan di gurun bersama dengan anaknya," kata pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) itu, Abdel Majid Mlegta.

Menurutnya, hanya dua orang yang amanah diberikan kepercayaan untuk melakukan misi rahsia itu."Mereka itu bukannya pengawal tetapi orang amat dipercayai NTC," katanya."Apa yang boleh saya katakan adalah proses pengebumian itu memakan masa dan dilakukan jauh daripada pihak media," tambahnya.Solat jenazah dua beranak itu dilakukan oleh guru agama peribadi Gaddafi, Khaled Tantoush.

Khaled ditangkap bersama dengan Gaddafi sebelum mereka berpindah dari Misrata.Dua sepupu Gaddafi, Mansour Dhao Ibrahim dan Ahmed Ibrahim yang ditangkap bersama Gaddafi selepas konvoi dinaiki mereka diserang jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dekat Sirte, bandar kelahiran Gaddafi, turut menghadiri penghormatan terakhir untuknya.Jenazah itu dikebumikan pada waktu subuh.[sumber]

*Cuak aku..Akhirnya selamat jugak dikebumikan..

8 Pengkritik Yang Cuak:

  1. dah sampai busuk dah mayat tu baru di kebumikan..hish hish hish


    gurun sahara.rupanya memang ada nama tempat tu eh..haha ingtkan lagu rock90an tu je..tah ape nama tah. hahaha

    BalasPadam
  2. baguslah telah selamat dikebumikan....

    BalasPadam
  3. beringat la kita masa hidup nih...huhu

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah,,dapat jugak dikebumikan akhirnya,,semoga rohnya dicucuri rahmat..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...