ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Bob Lokman rela ditangkap

Penulis lirik, pelawak dan pengacara terkenal, Bob Lokman berkeras tidak akan hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memberi keterangan kerana memberi ceramah agama tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Selasa lalu.

Sebaliknya, Bob atau nama sebenarnya, Muhammad Ha­kim Lokman, 47, lebih rela mendapat waran tangkap oleh mahkamah dan sanggup menerima apa sahaja hukuman yang bakal dikenakan ke atasnya sekiranya tindakan beliau itu dilihat satu kesalahan besar.

Bob berkata, pendirian tegas itu dibuat memandangkan arahan Jais itu dilihat cubaan untuk jabatan agama itu ‘me-nunjukkan’ kuasa mereka dan tidak boleh diterima.

“Kalau hendak tangkap saya, tangkaplah. Saya tidak akan menyerah kalah kerana apa yang saya lakukan ini adalah jihad ke jalan ALLAH, jalan yang diredai-Nya.

“Kenapa mesti mereka mahu buat macam itu (waran tangkap) sedangkan apa yang saya buat ini adalah satu perkara yang baik. Ini adalah perjuangan saya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Penulis lirik lagu ‘Isabella’ itu turut mempertikaikan tindakan Jais menahannya sebagai ’tidak melaksanakan dasar Islam secara keseluruhan tetapi lebih kepada dasar pemerintahan Umno-Barisan Nasional’.

Menurut Bob, perjuangan agama yang dipegang sebelum ini akan musnah sekiranya beliau hadir memberikan ketera-ngan kerana jabatan itu sendiri tidak melaksanakan syiar Islam dengan telus.

Katanya, adalah tidak adil penahanan itu dibuat selepas beliau menceritakan pengalamannya menerima hidayah Islam kepada jemaah masjid tersebut.

“Malam itu, saya bersama-sama seorang ustaz yang mempunyai tauliah untuk memberikan ceramah dan ceramah malam itu mengenai hidayah.

“Saya dijemput ustaz tersebut untuk berkongsi pengalaman bagaimana saya mendapat hidayah ALLAH kepada jemaah yang hadir.

Sekiranya Jais adil dalam hal ini, mereka tentu memberitahu saya supaya tidak menyampaikan ceramah itu kerana saya tidak mempunyai tauliah. Tetapi sebaliknya, mereka (Jais) ada di luar mendengar ceramah sehingga saya selesai dan barulah menahan saya,” katanya.

Bob sekali lagi mendakwa bahawa penguatkuasa Jais yang menahannya malam itu adalah wakil Umno yang berusaha untuk menghalang usaha dakwahnya demi kepentingan politik.

“Saya yakin dengan agama, al-Quran dan sekiranya saya tidak menentang, mereka tidak akan tahu wujudnya ketidak-adilan dalam pentadbiran mereka.

“Saya yakin dengan kepercayaan saya tetapi mungkin ada pihak kurang senang dengan kehadiran saya di sana yang hanya bercerita soal akidah dan berdakwah ke jalan ALLAH,” katanya.

Usaha mendapatkan penjelasan Pengarah Jais, Marzuki Hussin bagaimanapun tidak berhasil.[sumber]

*Cuak aku..suka lak aku follow cerita ni..aku tak memihak mana2 pun..cuma kalau betul la alasan bob ni..Sham kamikaze dulu pun patutnya kena tangkap lah kan..masa dia kongsi pengalaman dengan bekas mufti perlis dalam satu majlis dulu tu...Lagi satu kenapa tunggu tunggu lepas berucap baru nak tangkap..?ermm selesai lah cara baik..hal agama kena lah buat baik2 ok.

Bob lokman ditahan JAIS 

Dialog bob lokman dengan jais malam tadi 

Waran tangkap untuk Bob Lokman

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. mahu popular dan dikenali harus berani...org politik biasalah...

    BalasPadam
  2. wuu janganlah gaduh2 ..:(

    BalasPadam
  3. Ini namanya dugaan utk bob lokman moga beliau kuat dan tabah!

    >>>RepublicAku: sapakah yg dimaksudkan berani mengejar populariti tu? Org politik kah?

    BalasPadam
  4. jg:hrp2 mcm tu lah..

    republic:ni bukn kejar populariti..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...